Main Menu
 


Dokumen Visa Umrah

Dokumen-dokumen untuk urusan Umrah yang perlu diserahkan sebulan sebelum tarikh berlepas adalah:

1.        Passport Antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.

2.        Sijil suntikan Meningitis (ACYW135)

3.        Dua keping gambar berwarna mengikut syarat-syarat berikut.

  •  Berlatar belakang warna putih
  • Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm
  • Saiz wajah  mestilah berukuran jarak telinga 3 cm, atas kepala ke dagu 4cm
  • Tidak memakai songkok atau kopiah
  • Wanita perlu memakai tudung selain berwarna putih ketika mengambil gambar     

         

4.        Sijil Nikah bagi wanita yang pergi bersama suami

5.        Sijil kelahiran bagi anak perempuan yang pergi bersama bapa

6.        Surat akuan kebenaran bagi wanita yang pergi tanpa mahram ( Perlu mendapat Surat pengesahan mahram dari Pejabat Agama negeri atau daerah

7.        Salinan muka depan Passport

8.        Salinan Kad Pengenalan 

9.        Borang Visa yang lengkap diisi ( Diisi oleh pihak kami )

 
Copyright 2008 Syaza Travel & Tours Sdn Bhd