Syaza Travel & Tours

Umrah Syawal 2023 (1444H)   ( SYZ-0162 )

12 Hari 10 Malam: Sektor Kuala Lumpur – Jeddah | Jeddah – Kuala Lumpur

Keutamaan bulan Syawal: Bulan Silaturrahim, Bulan Kembali Kepada Fitrah, Bulan Ceria, Puasa Satu Tahun, Bulan Takbir & Bulan Peningkatan Pembuktian Taqwa.

Dengan Lawatan PERCUMA Ke Kota Taif Yang Sejuk Dan Indah

CADANGAN ATURCARA

HARI 01 KUALA LUMPUR – JEDDAH – MEKAH (UMRAH PERTAMA)
Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu
oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan
umrah. Memandangkan Jemaah akan terus menuju ke Mekah, jemaah diminta untuk bermiqat di atas pesawat. Setibanya
di Lapangan Terbang Jeddah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah
urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan berlepas dengan menaiki bas ke Kota Mekah. Tiba di Mekah jemaah
terus dibawa check in di hotel yang disediakan & jemaah dibawa oleh mutawif untuk menunaikan Umrah yang pertama.

HARI 02 MEKAH (B/L/D)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.

HARI 03 MEKAH - TAIF - MEKAH (UMRAH KE-2) (B/L/D)

Selepas solat Subuh dan sarapan, Jemaah bersiap sedia di lobby dan terus bertolak ke Taif. Taif sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah. Tiba di Taif akan menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas, pandulalu  melihat  Masjid Siku atau Masjid Alkou, masjid Addas seterusnya ke Kilang Air Mawar dan makan tengahari di restoran tempatan. Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah. 

HARI 04  MEKAH ZIARAH ARAFAH (UMRAH KE-3) (B/L/D)

Para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 05  MEKAH ZIARAH HUDAIBIAH (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah di Hudaibiyah. Jemaah akan dibawa berpesiaran diwadi Barakah dan seterusnya bermiqat di masjid Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 06 MEKAH – ZIARAH SIRAH (B/L/D)

Para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL. Semua Jemaah berkumpul di dewan taklimat hotel masing-masing untuk sesi taklimat pulang, doa serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.

HARI 07   MEKAH – MADINAH (B/L/D)

Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wada’ di Masjidilharam. Jemaah bersiap untuk bertolak ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 7/8 jam. Tiba di Madinah, Jemaah dibawa untuk check in hotel.

HARI 08  MADINAH – ZIARAH DALAM (B/L/D)

Para Jemaah akan dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah. Selesai ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 09  (SABTU 11/03/2023)

Para Jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah  dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA. Selepas ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 10 MADINAH - ZIARAH SIRAH (B/L/D)

Para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.

HARI 11  MADINAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR (B/L)

Aktiviti sendiri & Jemaah boleh berziarah Wida’ sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk berlepas balik ke Malaysia.

HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

CENDERAHATI

 

PAKEJ BIASA
Hotel Al-Olayan Ajyad 4* Di Mekah
    
 

TARIKH BERLEPAS

  •   15-Mei-23
  •   --

SCOOT AIRLINES
DEWASA
BILIK BERDUA
RM 10,990
DEWASA
BILIK BERTIGA
RM 9,890
DEWASA
BILIK BEREMPAT
RM 9,290
KANAK - KANAK
BERKATIL
RM 9,290
KANAK - KANAK
TANPA KATIL
N/A
BAYI
TANPA KATIL
N/A
MAKLUMAT PENERBANGAN

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Scoot Airlines (SQ)
  • DEPARTURE: KUALA LUMPUR TO JEDDAH    
    RETURN: JEDDAH TO KUALA LUMPUR  

Sila pilih tarikh penerbangan yang tersenarai.

MAKLUMAT PENGINAPAN

  • HOTEL MAKKAH : HOTEL AL-OLAYAN AJYAD/SETARAF (100M)  
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  
  • HOTEL MADINA : HOTEL  JEWAR  ELSAQEFA  MADINAH/SETARAF (180M)  
    FULLBOARD HOTEL BUFFET (3 MEALS)  

 

TEMPOH JUALAN

Dari  08-03-2023  ke  25-05-2023

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
  Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan termasuk cukai lapangan terbang
  Penginapan Mekah (5 malam): Hotel 4 bintang (100m)
  Penginapan Madinah (5 malam): Hotel bertaraf 4 bintang (180m)
  Makan dan minum secara Buffet hotel sepanjang aturcara
  Pengangkutan sepanjang aturcara dan Airport Transfer menggunakan bas di Tanah Suci
  Ziarah di Madinah & Makkah (tertakluk kepada kebenaran dari pihak kerajaan Arab Saudi)
  Umrah 3 kali dan lawatan satu kali ke Raudah bersama mutawwif dan mutawifah (tertakluk kepada slot apps Nusuk Arab Saudi)
  Mutawif/Pengiring dari Malaysia
  Beg bagasi besar & kabin kecil, beg sandang, uncang kasut & buku panduan umrah
  Visa Ziarah & Insurans Saudi

TIDAK TERMASUK

  Bayaran lebihan timbangan bagasi
  Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api
  Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia
  Kad perubatan oleh Khairi Care
  Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  Segala perbelanjaan bersifat peribadi
  Selain dari apa yang terdapat di dalam aturcara

  • NOTA PENTING

    TERMA DAN SYARAT UMRAH

    Tanggungjawab Syaza Travel & Tours Sdn Bhd, No 18 / AF & 18M, Jalan Kosas 1/5, Taman Kosas, bertindak sebagai ejen dan pelindung hak penumpang dalam membuat pengaturan untuk syarikat penerbangan, hotel, bas, atau mana-mana perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan dan tidak menanggung apa-apa liabiliti untuk kecederaan, kerosakan, kerugian, bagasi, kemalangan, kelewatan keterlambatan yang mungkin disebabkan oleh sebab atau kecacatan, walaupun perbuatan Tuhan, insiden berbahaya di udara, laut, tanah, kebakaran, kerosakan jentera atau peralatan, tindakan kerajaan atau pihak berkuasa lain de jure atau de facto, peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak, permusuhan, gangguan awam, mogok, kecurian rusuhan, pengkhianatan, wabak, kuarantin, peraturan perubatan atau kastam, atau apa-apa kerugian atau kerosakan akibat daripada pasport yang tidak betul, visa, atau dokumen lain. Syaza Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan menerima sebarang tanggungjawab untuk kerugian atau perbelanjaan tambahan disebabkan oleh kelewatan atau perubahan jadual atau punca lain. Syaza Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan, kerugian, kerosakan atau kecederaan yang timbul berkaitan dengan perkhidmatan tersebut. Syaza Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan untuk mematuhi arahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada daftar masuk dan kelewatan, kehilangan bagasi atau barangan peribadi (Perubatan). Ia adalah tanggungjawab syarikat penerbangan untuk menentukan dengan tepat prosedur yang akan diikuti. Polisi yang dipilih oleh pengangkut itu hendaklah berdasarkan prosedurnya dan tidak menjadi tanggungjawab Syaza Travel & Tours Sdn Bhd dan sekutu-sekutunya. Mereka juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana orang yang hilang dan sebahagian daripada program ini disebabkan kecuaian atau kelewatan atau ketidakhadirannya pada bila-bila masa semasa lawatan dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa perbelanjaan tambahan bagi peserta untuk menyertai semula lawatan tersebut. Selain itu, tiada caj atau penaiktarafan dalam program yang dipilih akan menjadi penghormatan selepas berlepas serta tiada bayaran balik akan diberikan untuk apa-apa perkhidmatan yang diberikan tidak digunakan.

  • DEPOSIT & PEMBAYARAN

    DEPOSIT
    Deposit sebanyak 20% atau tertakluk kepada sekurang-kurangnya RM1000.00, yang mana lebih tinggi dari tambang pelancongan setiap orang diperlukan untuk dibayar sebagai yuran tempahan. 
     
    BAKI PEMBAYARAN
    Baki pembayaran atau pembayaran penuh mesti dibuat 45 hari sebelum berlepas atau 7 hari selepas pengesahan lawatan. Kegagalan untuk mematuhi akan menyebabkan pembatalan tempahan dan pembekuan deposit. Sekiranya baki tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, hak itu dikhaskan untuk membatalkan tempahan tanpa notis selanjutnya dan tanpa bayaran balik deposit.

  • PEMBATALAN

    PEMBATALAN
    Pembatalan yang diterima lebih daripada enam minggu sebelum keberangkatan akan menyebabkan kehilangan deposit yang tidak dikembalikan sebagaimana yang dinyatakan di atas. Pembatalan yang diterima kurang daripada 6 minggu dan lebih daripada 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan yuran sebanyak 25% dari tambang.

    Pembatalan yang diterima kurang dari 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan bayaran sebanyak 75% dari kos lawatan kecuali tempat duduk yang ditempah dijual semula. Tiada bayaran balik untuk pengaturan ground yang tidak digunakan selepas berlepas dari Malaysia. 

 Dikemaskini pada 10-03-2023

Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

  Emel Pakej Ini
Umrah Syawal 2023 (1444H) (SYZ-0162)