Syaza Travel & Tours
Langgan
Newsletter

Umrah Sambut Ramadhan 2018 – Pakej Gold  ( SYZ-0034 )

12 Hari 10 Malam : Kuala Lumpur - Madinah - Mekah - Jeddah - Kuala Lumpur

Keistimewaan Pakej Gold - Dapat Merasai Suasana Umrah Dalam Bulan Ramadhan, Berpeluang Beribadat sambil berpuasa, Penerbangan Terus Dengan Pesawat Saudi Airlines Yang Selesa, Dalam Musim Biasa bukan Cuti Sekolah yang tidak sesak, Hotel Anjum bertaraf 5* yang Berdekatan

Merasai Suasana Umrah Dalam Bulan Ramadhan

KEISTIMEWAAN PAKEJ GOLD

  • Dapat Merasai Suasana Umrah Dalam Bulan Ramadhan
  • Berpeluang Beribadat sambil berpuasa
  • Penerbangan Terus Dengan Pesawat Saudi Airlines Yang Selesa
  • Dalam Musim Biasa bukan Cuti Sekolah yang tidak sesak
  • Hotel Anjum bertaraf 5* yang Berdekatan

CADANGAN ATURCARA

HARI 01 KUALA LUMPUR-MADINAH
Jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas 3 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Setibanya di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan berlepas dengan menaiki bas ke Kota Madinah Al Munawarah. Tiba di Madinah jemaah terus dibawa check in di hotel yang disediakan.

HARI 02 MADINAH (B/L/D)
Jemaah dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi antaranya Makam Rasullullah serta Khalifah Abu Bakar dan Saydina Umar , Raudhah dan Medan Perkuburan Baqi. Untuk jemaah muslimat, ustazah tempatan akan mengelola dan mengetuai lawatan dalaman. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara masing – masing

HARI 03 MADINAH (B/L/D)
Dengan diiringi oleh mutawwif jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat dan Medan Perang Kandak dan berbelanja di Pasar Tamar. Selesai ziarah jemaah bebas dengan acara sendiri

HARI 04 MADINAH-MEKAH (B/L/D)
Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat ditempat miqat yang dinamakan Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan . Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel. Selepas itu jemaah akan diberitahu oleh Mutawwif untuk menyempurnakan ibadah umrah

HARI 05 MEKAH (B/L/D)
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 06 MEKAH (B/L/D)
Jemaah akan dibawa melawat kawasan bersejarah di sekitar Mekah seperti Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya berpeluang untuk berniat umrah di Jaaranah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah

HARI 07 MEKAH (B/L/D)
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 08 MEKAH (B/L/D)
Lawatan ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi) di mana jemaah berpeluang untuk berniat umrah di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah

HARI 09 MEKAH (S/I))
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 10 MEKAH (S/I)
Acara bebas. Jemaah boleh melakukan ibadah umrah sendiri

HARI 11 MEKAH-JEDDAH (S)
Jemaah akan melakukan Tawaf Wadaq (Tawaf selamat tinggal) sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur

HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

CENDERAHATI

  • Beg Bagasi dan beg kabin
  • Beg sandang dan uncang kasut
  • Buku panduan umrah
  • Air zam-zam 5 liter

GOLD
Sambut Ramadhan 2018
     
 

TARIKH BERLEPAS

  •   09-Mei-18

SAUDI AIRLINES
BILIK BERDUA
RM 8,290
BILIK SEORANG
N/A
BILIK BERTIGA
RM 7,990
BILIK BEREMPAT
RM 7,590
MAKLUMAT PENERBANGAN

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik Kelas Ekonomi Dengan Pesawat Saudi Airlines (SV)

Sila pilih tarikh penerbangan yang tersenarai dibawah dengan melihat kepada kekosongan seat. Sila hantar pertanyaan untuk tarikh penerbangan menunggu atau tarikh-tarikh lain yang tidak teersenarai.

09 MEI - 20 MEI 18

MAKLUMAT PENGINAPAN

  • 4 Malam di Mawaddah Al-Safwa Hotel Madinah (4 Stars) – Madinah. Full Board
  • 6 Malam di Anjum Hotel (5 Stars) – Makkah. Full Board

TEMPOH JUALAN

Dari  30-03-2018  ke  09-05-2018

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
  Visa Umrah (Pertama Kali)
  Tiket penerbangan dan cukai
  Ketua dan Mutawif
  Pengangkutan
  Hotel penginapan
  Makanan dan minuman
  Ziarah Mekah, Madinah dan Taif
  Mutawifah untuk lawatan dalam
  5% VAT
  Insurans Umrah

TIDAK TERMASUK

  Visa kali kedua
  Bayaran IMAMS

 Dikemaskini pada 30-03-2018

Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

  Emel Pakej Ini
Umrah Sambut Ramadhan 2018 – Pakej Gold (SYZ-0034)