Syaza Travel & Tours
Langgan
Newsletter
Umrah Ziarah Amman & Baitulmaqdis – Pakej Gold 6H 5M BEIJING + XIAN 6H 5M KOREA SEOUL + PULAU NAMI + MT.SEORAK 5H 4M PARIS + LONDON 6H 5M ISTANBUL + BURSA + CANAKKALE

PROMOSI

UMRAH DISEMBER 2018

15-03-2018    Promotion

Umrah Disember 2018 dijangka bermula pada hujung bulan November 2018 ini.  Ramai para jemaah akan mengikuti program perjalanan umrah yang akan berlangsung dalam keadaan cuaca cukup sejuk sehingga kadangkala mencapai suhu dibawah 10°c pada waktu malam dan dalam purata 20°c pada siang hari.

Keperluan yang perlu disediakan semasa menghadapi musim sejuk adalah  seperti berikut;

Tuala ehram perlu dari jenis yang lebih tebal daripada biasa

Baju sejuk atau jaket (tetapi bukan jenis yang dipakai untuk musim salji)

Digalakkan memakai baju-T didalam jubah atau abaya untuk menghangatkan tubuh semasa memakai ehram (untuk wanita) atau berziarah disamping jaket disebelah luar.

Sarung tangan dan stokin kaki. Untuk memudahkan mengambil wuduk pilihlah dari jenis mudah wuduk.

Pengambilan suplimen Vit C tambahan adalah digalakkan untuk menguatkan daya tahan tubuh menghadapi virus selsema dan batuk yang mudah berjangkit dimusim sejuk (sila rujuk kepada doktor dahulu kepada jemaah yang mempunyai masalah kesihatan). Pilihlah dari jenis “tanpa asid” 500mg – 1000mg untuk mengelakan ketidakselesaan perut. Jika tidak suka dengan pengambilan suplimen boleh juga diamalkan meminum jus asli yang banyak mengandungi vit C seperti jus oren, mangga, strawberry dan lain-lain yang banyak terdapat di merata kedai disana.

Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan sering membasuh tangan. Gunakan sabun antiseptik atau hand sanitizer untuk mengelakkan jangkitan kuman merbahaya seperti MERS-CoV yang sedang melanda negara di Timur Tengah. Semasa didalam Ehram, wajib menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-Hajj.

Disebabkan humiditi yang kering, sering terjadinya bibir dan tumit pecah (mungkin banyak berjalan atau melakukan ibadah umrah). Digalakkan menggunakan glos bibir dan balm tumit untuk mengatasi masalah tersebut. Semasa ehram diwajibkan menggunakan bahan yang tidak mengandungi pewangi seperti produk El-hajj.

Bawa kaca mata gelap untuk melindungi mata dari sinaran matahari yang kuat dan menyilaukan kerana kurangnya terdapat awan yang menapisi cahaya matahari.

Sentiasa menakai mask hidung jenis biasa atau NOSK untuk mengelakkan habuk atau penyebaran kuman atau virus.

Banyak berdoa meminta Allah memelihara kesehatan dan keselamatan diri, ahli keluarga dan jemaah semua.

PAKEJ UMRAH MUSIM SEJUK NOVEMBER DAN DISEMBER 2018

24-03-2018    Promotion

Taif Kota Insan-insan Beriman

Tahukah anda…

Rasulullah SAW pernah dibaling batu ketika Baginda berkunjung ke Kota Taif bersama sahabatnya Zaid bin Harithah? Namun, kini Kota Taif didiami oleh insan-insan yang beriman dan beramal soleh. Terdapat pelbagai lokasi yang kaya dengan sejarah Islam di Kota Taif. Segalanya menanti anda di sana!

Kedatangan musim sejuk di Tanah Suci Mekah dan Madinah amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Tambahan pula umrah bersamaan dengan jadual cuti sekolah dan cuti hujung tahun di antara bulan November hingga Februari dan adakalanya hingga ke bulan Mac.

Keistimewaan musim sejuk dapat membantu jemaah umrah melaksanakannya dengan lebih selesa tanpa perlu bimbang akan cuaca panas kering dan penyakit demam serta batuk khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil.Cuacanya yang sejuk dan nyaman membolehkan jemaah umrah melakukan ibadat dengan selesa bersama keluarga. Jemaah umrah juga dapat melipat kali gandakan beribadat di depan Kaabah atau dalam Masjidil Haram dengan lebih lama seperti memperbanyakkan melakukan ibadat umrah sunat, badal umrah, baca al-Quran, berzikir, berselawat dan melihat Kaabah sepuas-puasnya.Suhunya tidaklah sesejuk seperti di sebahagian negara Eropah. Ia sekitar 15 darjah Celsius hingga 26 atau 28 darjah Celsius, cuma adakalanya pada waktu malam dan subuh ianya boleh mencapai 13 darjah celsius.

Sejuknya di Tanah Suci Mekah dan Madinah bukanlah kerana disebabkan salji, tetapi kerana tiupan angin sejuk dari khutub utara. Namun begitu, sejuk yang paling terasa sekali adalah ketika keluar dari hotel menunaikan solat subuh di masjid khususnya di Madinah. Sehubungan itu, jemaah umrah dinasihatkan tidak lupa membawa baju sejuk di samping ubat-ubatan.

Jenis-jenis Pakej Umrah Musim Sejuk 2018

Melaksanakan ibadat umrah pada musim sejuk adalah sama dengan ibadat umrah pada musim panas atau Ramadan iaitu dari segi rukun dan wajibnya. Terdapat tiga jenis pakej umrah musim sejuk yang disediakan untuk memenuhi kehendak para jemaah;

Umrah Biasa
Umrah jenis biasa adalah sama seperti lain-lain umrah biasa didalam musim-musim lain seperti jenis hotel penginapan dan perkhidmatan lainnya. Perincian perihal pakej ini ada didalam laman web ini.

Umrah Ziarah Taif (Hotel 5* Anjum)
Umrah Ziarah Kota Taif merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif . Disamping itu pakej ini agak berprestej dimana hotel penginapan di Mekah adalah bertaraf lima bintang dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 50m sahaja.

Umrah Ziarah Taif Biasa
Umrah Ziarah Kota Taif Biasa merupakan jenis umrah istimewa dimana tambahan tempat lawatan adalah ke Kota Taif tetapi dengan jenis hotel penginapan biasa dengan jarak dari Masjidil Haram dalam lingkungan 450m.

Sertailah pakej Umrah Ziarah Taif bersama Syaza Travel & Tours untuk bulan Mac-April 2018!

Pakej Eksklusif Umrah Ziarah Taif Bertaraf 5 Bintang Hotel Anjum kami yang serba berpatutan, serendah RM 7,090*! termask 5% VAT


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..