Syaza Travel & Tours
Jom Kembara Kembara Kumpulan FIT Tour Pakej Pelayaran Islamik

CATATAN

Ziarah Kota Taif

15-06-2023    Blog

KOTA TAIF – ‘Bandar Bunga Ros’

Pernahkah anda melihat bagaimana 10,000 kelopak bunga ros diproses untuk menghasilkan produk wangian yang bermutu tinggi? Ianya diproses secara tradisional dan turut digunakan untuk Kelambu Kaabah. Minyak wangi ini turut dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Sekarang, anda boleh dapatkan sendiri minyak wangi bermutu tinggi ini secara terus di ‘Bandar Bunga Ros’, iaitu Kota Taif.
Bukan sekadar fakta, tetapi banyak lagi yang anda boleh alami sendiri di Kota Taif, sebuah destinasi yang menakjubkan!

Bandar Taif merupakan salah sebuah daerah yang sangat subur di Arab Saudi dimana disinilah pelbagai tumbuhan dan buah-buahan tumbuh segar. Terdpat lebih dari 80 jenis teh yang terdapat disini utk diminum dan beribu-ribu kuntum bunga ros pink untuk dijadikan minyak wangi. Di sini terkenal dengan kawasan pemprosesan minyak wangi ros pink. Selain itu, terlalu banyak kawasan2 sejarah yang terdapat disini.Taif terletak kira-kira 80 kilometer di tenggara Mekah dan berada pada sekitar 1, 800 meter dari aras laut di banjaran Sarawat, khususnya di Lembah Asin dan al Hada. Pada musim panas lokasi ini menjadi tempat bersantai dan percutian para kenamaan dan kerabat di raja Arab Saudi. Ia menjadi destinasi percutian popular domestik dan antarabanga.

Kira-kira 1,400 tahun lalu, Taif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Taif sehingga cedera.

Sifat tenang, sabar, penyayang serta al Dilalah (futuristik) yang dimiliki baginda jelas terhasil lebih seribu tahun kemudian. Bumi Taif kini dihuni waris daripada generasi yang pernah menzalimi dan menyakiti Baginda. Bukan diukur kepada pembangunan fizikalnya pada masa ini namun lebih daripada itu ialah lahirnya insan-insan yang beriman sebagai penduduk Taif.

Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya  yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan  bukit batu dari atas. Anda boleh merakam keindahannya pemandangan jejak alam ini melalui kamera.

Kira-kira 1,400 tahun lalu, Taif telah mencatatkan episod duka terhadap usaha dakwah Nabi Muhamad (SAW) apabila Baginda dan sahabatnya Zaid bin Harithah menerima layanan buruk apabila berkunjung ke kota ini dari Mekah. Bukan sahaja usaha dakwah Baginda ditolak, malah Baginda telah dihina dan disakiti iaitu dilontar dengan batu oleh penduduk Taif sehingga cedera.

Sifat tenang, sabar, penyayang serta al Dilalah (futuristik) yang dimiliki baginda jelas terhasil lebih seribu tahun kemudian. Bumi Taif kini dihuni waris daripada generasi yang pernah menzalimi dan menyakiti Baginda. Bukan diukur kepada pembangunan fizikalnya pada masa ini namun lebih daripada itu ialah lahirnya insan-insan yang beriman sebagai penduduk Taif.

Untuk sampai ke Taif, ada beberapa jalan masuk samada hendak melalui bandar Taif dahulu ataupun masuk ikut Al Hada , sebuah pusat peranginan selepas itu. Perjalanan akan melalui lebuhraya  yang lebar dan besar. Sepanjang lebuhraya ada disediakan tempat-tempat khusus bagi yang ingin berhenti di sisi lebuhraya untuk bersantai sejenak sambil menikmati pemandangan hamparan  bukit batu dari atas. Anda boleh merakam keindahannya pemandangan jejak alam ini melalui kamera.

Yang cukup istimewa dan unik adalah monyet-monyet yang kelihatan di sisi jalanan sepanjang lereng-lereng bukit. Di salah satu kawasan kelihatan monyet-monyet ini bebas berkeliaran dan akan datang kepada kenderaan  yang berhenti, yang mungkin menanti makanan yang akan dilemparkan ke arah mereka.

Taif merupakan tempat menghasilkan cairan pewangi diperbuat daripada bunga ros. Sehingga 10,000 kuntum bunga ros digunakan untuk menghasilkan cairan pewangi berkualiti tinggi. Cairan pewangi yang dihasilkan secara kaedah tradisional di sini mendapat pasaran meluas dan dieksport ke Albania, Bulgaria, China, India, Maghribi, Rusia dan Turki. Thaif Rose adalah wangian yang paling mahal didunia . Wangian ros inilah yang melekat di kelambu Kaabah.

Lembah al Hada, al Shifa dan al Dehia adalah kawasan tanaman bunga ros terbesar di Taif. Di sini juga terletak ladang buah-buahan seperti anggur, aprikot, delima, tin, tembikai, strawberi dan pelbagai lagi.

Bunga ros yang sudah sedia dipetik

Kebun Buah-buahan Air mawar Thaif yang tersohor di serata dunia

Taif National Park Banyak terdapatnya empangan bersejarah di Taif seperti Empangan Ekrima dan Empangan Sisad yg terletak dalam kawasan ‘Taif National Park”. Ianya telah dibina semasa zaman pemerintahan Umayyah. Namun sungai yang terdapat di luar taman ini masih mengalir laju. Banyak ikan melompat, dan banyak sayur selada air digigi air.

Empangan Sisad yang sudah kering di Taif

Istana Shubra merupakan di antara ikon tumpuan di sini. Bercirikan senibina Islam dan Rom, bangunan empat tingkat ini mula digunakan pada tahun 1904. Pernah didiami oleh Raja Abdul Aziz sebagai istana baginda pada musim panas. Bangunan ini juga pernah menjadi ibu pejabat Kementerian Pertahanan Arab Saudi. Kini ia merupakan sebuah muzium yang menyimpan khazanan sejarah Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif.

Masjid Abdullah Ibn Abbas, makamnya tidak jauh dari masjid ini. Beliau merupakan sahabat yang diberi tanggungjawab memimpin dan mengetuai kerajaan Baginda pada awal perkembangan Islam dahulu. Beliau terus duduk di sini membimbing penduduk Taif hinggalah kewafatannya. Perhentiannya seterusnya adalah Masjid Kouk atau Siku. Dikatakan Baginda pernah singgah berehat serta berdoa dan bermunajat di masjid ini. Masjid berstruktur batu ini bersaiz lebih kecil daripada kebanyakan surau di Malaysia dan kini tidak digunakan lagi. Apabila Baginda tiba di sini, di katakan ada yang cuba menolak batu besar tersebut untuk di gelincirkan atau di golekkan ke arah Baginda, namun di katakan batu tersebut tersekat di situ.

Ziarah Taif 12

Keadaan didalam masjid tempat Rasullah bersandar kerana kesakitan. Sungguh pilu mengenngkanya peristiwa itu yang kita seakan-akan benar-benar merasakan situasi tersebut.

Ini adalah salah satu Masjid berdekatan dengan the Prophet Garden dikenali sebagai masjid Madhoun. Masjid ini dah tak di gunakan  kerana masjid ini di bina selepas masa Rasullulah SAW . Ianya di bina menara yang tinggi dan muazzin akan melaungkan Azan dari menara ini untuk memanggil para petani dan penduduk di sekitar untuk mengerjakan solat.

Masjid Qantara, tempat Saidina Ali membantu rasulullah ketika perang menakluk Taif

 

Makan tengahari disebuah restoran yang merupakan muzium lama yang mempamerkan deretan kereta-kereta antik. Menu utama yang dihidangkan merupakan Nasi Mandy kambing dan ayam yang sangat lazat  dengan pudingnya yang super sedap.

 

Dan seterusnya Jemaah akan melawat ke Gunung Ashafa yang bertempat di satu daerah yang yang popular di Taif dengan mempunyai ketinggian lebih daripada 2000m daripada aras laut.Iklim yang sejuk memungkinkan perkebunan buah-buahan tumbuh subur di kawasan ini. Thaif merupakan pusatnya anggur dan apel.

Jalanan menuju Shafa juga tergolong lebar dan besar. Pemandangan sepanjang kiri kanan jalan adalah perbukitan hijau dengan lembah-lembahnya yang landai. Sangat kontras dengan suasana Negeri Gurun yang umumnya didominasi padang pasir bersemu warna coklat.

Kesempatan singgah untuk membeli belah di pasar buah-buahan di Pusat Bandar Ashafa’  sangat mengasyikkan.  Deretan gerai buah-buahan segar yang baru dipetik dari ladang membuat kita rambang mata memilihnya. Kota Mekah mendapat bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran dari sini yang dihantar setiap hari.

Dari Shafa, kita boleh terus  menuju Al Hada atau Taif. Sebelum meninggalkan kawasan Thaif dan Al Hada ini, jangan lupa berbelanja buah-buahan segar. Singgahlah ke sebuah lapak menjual buah-buahan yang cukup besar dan ramai. Tempatnya pasti ditempuhi dalam laluan perjalanan pulang.

Ziarah Taif 36

Keadaan gunung yang perlu dilalui untuk ke Mekah dari Al Hada , memang cantik dan canggih jalan melalui lereng lereng gunung ini.

Tempat miqat bagi penduduk Taif ialah di Qarnul-Manazil. Miqat ini juga ialah tempat miqat bagi penduduk Malaysia yang datang dari tanahair ketika hendak menunaikan haji atau umrah. Ia lebih kurang sejam sebelum sampai ke Jeddah menaiki kapal terbang.Selesai bermiqat terus bertalbiah sepanjang perjalanan ke Mekah. perjalanan dari Taif ke Mekah mengambil masa kira-kira 2 jam.

In Summer , Perth Australia

15-06-2023    Blog

 

 

 

Bees’ll buzz, kids’ll blow dandelion fuzz

And I’ll be doin’ whatever snow does in summerrrrrr
A drink in my hand, my snow up against the burning sand
Prob’ly getting gorgeously tanned in summerrrrr

Musim panas di Perth

Rancang percutian anda di Perth, Australia kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh diterokai semasa anda berada di sana. Sama ada mengikuti pakej lawatan atau percutian bajet. Kini terdapat banyak alternatif oleh penerbangan tambang murah dan malahan pasport lebih mudah dimiliki dengan bayaran mampu milik.

Perth, Australia merupakan destinasi yang harus dilawati dan merupakan pusat pelancongan yang sangat berkembang pesat sejajar dengan ekonomi negaranya. Cuaca yang tidak terlampau extreme menjadi pilihan bagi pengembara atau pelancong “beginner”. Negara empat musim ini, menjadi tarikan pelancong dari pelusuk dunia kerana keindahan infrastruktur dan kehebatan pembinaan yang moden.

Tempat-tempat menarik yang wajib dilawati.

Perth Zoo – Pelbagai haiwan yang tidak terdapat di Malaysia, dapat kita saksikan di sini. Tentunya kanggaru , koala yang menjadi “signature” untuk Australia.

Fremantel – Bandar ini merupakan syurga untuk membeli belah barangan cenderahati dan di sini juga merupakan pelabuhaan untuk industry perikanan di Australia.

Ladang Anggur Swan Valley – Menikmati keindahan ladang anggur dan panorama yang mempersonakan. Pengalaman yang menarik dan beri kenangan terindah.

Kings Park – Merupakan pusat tumpuan pelancong yang ingin mendapat gambaran penuh mengenai bandar Perth.

Sunshine Coast – Pantai yang damai sesuai untuk aktiviti bersantai dan beriadah.

Oxford Street di Leederville – Deretan kedai yang menarik perhatian dan pelbagai barangan mudah didapati di sini.

Cottesloe Beach, Australia Barat – Salah satu tarikan pelancong di Perth yang ingin bersantai pada musim panas.

 

Dapatkan harga menarik untuk pakej berbulan madu mahupun lawatan berkumpulan di Syaza Travel. Jadikan pengembaraan bersama yang tersayang , mudah dan menyenangkan.

Siapakah yang sesuai melakukan Umrah DIY ?

15-06-2023    Blog

Sekarang, mari kita bincangkan siapa yang sesuai melakukan Umrah DIY kerana salah tanggapannya ialah hanya golongan muda yang sesuai melakukan DIY Umrah.

Tidak ada kebimbangan  terhadap Umrah DIY yang akan mengatasi pakej Umrah melalui ejen pelancongan.

Melalui pengalaman kami mengendalikan pakej  Umrah DIY ianya sesuai untuk setiap generasi, untuk gulungan muda yang mahu fleksibiliti, untuk golongan pertengahan umur yang pernah pergi dan mahu tanpa gangguan, itu adalah untuk keluarga besar yang tidak dapat mampu membeli pakej yang tinggi dan juga untuk mereka yang pergi untuk Umrah kali pertama mereka.

Umat ​​Islam yang melakukan  Umrah DIY dari semua lapisan masyarakat!

Umrah DIY  sangat sesuai dilakukan oleh orang-orang yang pernah pergi sebelum ini atau yakin mereka dapat mengurus semua urusan  mereka sendiri.

Masa telah bergerak pantas dan kita juga perlu megikutinya.

Terutamanya hari ini di mana generasi muda mempunyai begitu banyak pancaroba gangguan dan isu-isu moral. Umrah sepatutnya menjadi peningkatan rohani untuk memastikan kita berpegang kepada apa yang paling penting dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.

Mengunjungi tanah suci  akan menguatkan perasaan ini dan mengajar kita apa yang berharga kepada kita. Kita biasa mendengar banyak fakta-fakta yang doa kita dijawab  semasa berdoa di Kabah dan ini harus dikongsi kepada dunia tentang kemustajaban doa di Tanah Suci.

Tetapi ini tidak akan mungkin diperolehi tanpa Umrah DIY!

Perbezaan Visa Pelancong dan Visa Umrah

15-06-2023    Blog

Bermula 27 Sep 2019 rakyat Malaysia sudah boleh datang terus ke Saudi menggunakan Tourist Visa. tanpa perlu mendapatkan kelulusan visa dari kedutaan Saudi di Malaysia. Tourist Visa ini juga boleh digunakan untuk membuat umrah. Fee untuk visa ini SAR440. Antara pintu masuk yang dibenarkan termasuklah Riyadh dan Dammam, selain Jeddah dan Madinah. Ada dua cara untuk mendapatkan visa ini iaitu e-visa ataupun visa on arrival. Dinasihatkan untuk menggunakan e-visa dari visa on arrival untuk mengelakkan masalah setelah tiba di pintu masuk Saudi namti

Orang perempuan tidak perlu ditemani mahramnya. Validity visa ialah 90hari. Non-Muslim tidak boleh masuk Mekah dan Madinah.

Ini juga sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat umrah secara sendiri. Permohonan visa secara online. Bahasa mudahnya DIY.

1. Kerajaan Saudi telah membuka visa pelancong pada 27 September 2019 kepada 49 buah negara termasuk Malaysia.

2. Boleh apply melalui online https://visa.visitsaudi.com.

3. Boleh berada 3 bulan (90 hari) di dalam Saudi.

4. Kos visa ini adalah SR300 dan tambahan SR140 untuk medical insurance (lebih kurang RM500 seorang)

5. Pelancong islam boleh mengunakan visa ini memasuki Makkah & Madinah untuk menunaikan umrah kecuali pada musim haji

6. Pelancong bukan islam boleh juga masuk Saudi menggunakan menggunakan visa ini. Mereka hanya TIDAK BOLEH memasuki tanah haram Makkah & Madinah.

7. Berita baik juga untuk wanita kerana TIDAK MEMERLUKAN MAHRAM. Mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

8. Visa pelancong tidak boleh digunakan untuk bekerja.

Arab Saudi dah list kan Malaysia sebagai salah satu dari hanya 7 negara Asia yang dibenarkan masuk ke Saudi menggunakan visa pelancongan yang membenarkan pelancong mengerjakan umrah, maka mudah lah pemegang passport Malaysia untuk mengerjakan umrah secara DIY selepas ni. Boleh atur perjalanan sendiri. Semoga kelebihan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia. Indonesia pun TAK boleh guna visa pelancong ni.

Cara Apply e-Visa Arab Saudi
Prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:

  1. Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
    Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
  2. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  3. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
  4. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuka) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
  5. Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
    Medical insurance
    Term and condition
    Review application
    PAYMENT: thru debit @ credit card .
  6. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, ada yang dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir.

APA ITU UMRAH DIY?

15-06-2023    Blog

DIY itu dalam bahasa English bermaksud : Do It Yourself

Kenapa dipanggil Umrah DIY?

Kebiasaan orang akan pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah mengikut agensi pengendali umrah. Semua urusan sebelum dan ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah akan diurus oleh agensi berkenaan.

Berbeza dengan Umrah Diy, semuanya diuruskan sendiri oleh individu yang ingin menunaikan umrah. Bermula dari tempahan tiket penerbangan, tempahan hotel penginapan, mendapatkan visa umrah, menepah kenderaan untuk pergerakan di sana nanti, atur jadual sepanjang keberadaan di tanah suci, dan sebagainya sehinggalah pulang ke Malaysia semula.

Semua urusan adalah diatur sendiri, tiada mutawwif atau pegawai yang akan menguruskan seperti syarikat travel lain.

Sebab utama bersusah-susah begitu rupa adalah untuk penjimatan yang lebih, lebih-lebih lagi jika pergi dengan keluarga yangramai. Jika kumpulan keluarga tersebut terdiri dengan ramai kanak-kanak, memang sangat menjimatkan berbanding jika pergi dengan agensi pelancongan.

Walaubagaimanapun jika anda membuat tempahan dengan laman web EZIUmrah.com ini,  anda akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan supaya tempahan anda akan jadi tepat dan kemas seperti  sepatutnya untuk pakej umrah biasa tanpa tambahan cas. Anda juga akan sentiasa dipantau selama berada di tanah suci oleh pihak muassasah dan pegawai-pegawai kami yang bertugas di sana. Kami akan sentiasa mudah dihubungi sekiranya ada apa-apa masalah terjadi dan akan mengambil tindakan  susulan yang perlu dengan cepat dan tepat.

Apakah kelebihan Umrah DIY?


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..