Syaza Travel & Tours
Corporate Offices Kakitangan Berpengalaman

Dokumen Visa Umrah

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan yang perlu anda sediakan. Sila berikan salinan asal satu salinan setiap dokumen berikut. Anda boleh memuat turun dan mencetak senarai semak dokumen-dokumen ini untuk memastikan anda tidak lupa apa-apa. Sila bertanya kepada pihak kami jika tidak berapa jelas tentang syarat-syarat tersebut.

DOKUMEN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN VISA UMRAH

  1. Passport antarabangsa, masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 (enam) helaian muka surat
  2. Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135   
  3. Salinan suntikan vaksin dari aplikasi My Sejahtera. Vaksin yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi ialah : 
    1. Pfizer
    2. Astrazaneca
    3. Sinovac (mesti mendapatkan 1 dos 'booster' samada Pfizer atau Astrazaneca)
  4. 4 Keping Gambar berukuran 6 x 4cm, dan latar belakang bewarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki & bertudung gelap bagi wanita.


 

  1. Pengesahan Mahram seperti berikut :-

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI WANITA :-

  1. Salinan Surat nikah ( isteri yang berumur 45 tahun ke bawah shj )
  2. Salinan surat nikah ( Jika pergi bersama suami )
  3. Salinan sijil kelahiran peserta & waris ( Pergi Bersama adik/abag/bapa )
  4. Salinan Sijil Nikah dan salinan kad pengenalan suami ( Pergi tanpa suami )
  5. Salinan sijil kelahiran peserta, waris & salinan kad pengenalan waris lelaki yang sah (pergi tanpa adik/abang/bapa)
  6. Salinan Sijil kelahiran anak lelaki (pergi bersama anak lelaki berumur 18 tahun keatas)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI KANAK – KANAK :-

  1. Salinan sijil kelahiran bagi kanak-kanak perempuan / lelaki yang berumur 18 tahun kebawah ( pergi bersama bapa / abang-salinan sijil kelahiran abang )
  2. Salinan sijil pengambilan anak angkat dan salinan kad pengenalan bapa ( pergi bersama bapa / ibu angkat )
  3. Salinan sijil kelahiran kanak – kanak dan salinan kad pengenalan waris ( pergi tanpa abang / bapa )

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI WARGA ASING ( PEMBANTU RUMAH )

  1. Salinan permit kerja yang sah dan tempoh sah lakunya tidak kurang dari 6 bulan
  2. Mempunyai nama bapa di dalam passport
  3. Diiringi oleh majikan yang sah

SYARAT-SYARAT TERKINI VISA UMRAH 2014/1435H

Berkuat kuasa serta merta, Pihak Kedutaan Arab Saudi telah membuat satu peraturan baru untuk mendapatkan Visa Umrah. Jemaah yang ingin membuat permohonan visa perlu mengemukakan beberapa dokumen:

Wanita pergi bersama bapa (bawah 45 tahun)

  • Salinan sijil lahir *

BAGI JEMAAH KANAK-KANAK

  • Kanak-kanak perempuan harus pergi bersama mahram (di bawah 45 tahun – lihat senarai mahram)
  • Salinan sijil lahir*
  • Salinan Sijil Lahir* mahram ( Nota Penting: ibu kandung mesti pergi bersama)
  • Kanak-kanak Lelaki kurang dari 18 tahun harus pergi bersama mahram (lihat senarai mahram)
  • Salinan sijil lahir*
  •  Salinan Sijil Lahir* mahram ( Nota Penting: ibu kandung mesti pergi bersama)
  • Anak tiri yang ikut bapa tiri (Ibu kandung mesti ikut serta)
  • Sijil penceraian*
  • Sijil Pernikahan Baharu*
  • Surat Akuan Hak Penjagaan Anak*
  • Sijil Lahir Anak*
  • Salinan K/P Bapa Kandung*
  • Anak angkat (Penjaga mesti ikut serta)
  • Surat Akuan Anak Angkat*
  • Sijil Anak Angkat*

BAGI JEMAAH WARGA ASING

  • Pembantu rumah (MAID) mestilah majikan ikut serta
  • Permit kerja sah laku 6 bulan*
  • Nama Bapa terdapat dalam passport/ Nama Bapa Endorsed di Kedutaan
  • Surat kebenaran dari majikan
  • Foreign Workers (PekerjaAsing)
  • Permitkerja sah laku 6 bulan/ PR Original & Salinan*
  • Surat kebenaran dari majikan (Company Letter Head)
  • Namabapa terdapat dalam passport/ Nama Bapa Endorsed di kedutaan
  • Foreign Students (PelajarAsing)
  • Salinan permit @ passport / visapelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan Kad pengenalan*

SENARAI MAHRAM

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi. Mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :- (Mahram Lelaki sahaja) – NASAB

  • Suami – surat nikah
  • Bapa kandung – surat beranak
  • Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
  • Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibubapa dan surat beranak bapa saudara
  • Datuk kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa &  surat beranak datuk kandung

* NOTA PENTING :

  • SEMUA DOKUMEN MAHRAM perlu disahkan di JPN/Pejabat Agama Islam & WISMA PUTRA
  • Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat/IC Merah(PR)/IC Biru – Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Sijil Nikah/Sijil Penceraian/Sijil Rujuk – Pengesahan Jabatan Agama Islam
  • Premit Masuk Malaysia – Pengesahan Imigresen
  • *Untuk memudahkan proses di JPN dan JAI, sila bawa sijil asal dan salinan

VISA UMRAH & SYARAT-SYARAT

  JEMAAH MAHRAM DOKUMEN DIPERLUKAN NOTA
1 Isteri Suami Salinan Sijil Nikah
  • Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  • Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami-isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
2 Anak perempuan dan anak lelaki di bawah 18 tahun Bapa Salinan Sijil Nikah
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3 Anak Angkat Bapa Angkat
  • Salinan Sijil angkat (JPN) dan
  • Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
  • Pastikan dokumen tersebut telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
  • Bagi anak angkat yang mempunyai nama bapa angkat di dalam paspot dan Sijil Anak Angkat, salinan Sijil Anak Angkat tersebut hanya perlu disahkan oleh Wisma Putra sahaja dan tidak perlu surat kuasa dari mahkamah.
4 Anak Tiri Bapa Tiri
  • Salinan Sijil Lahir
  • Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
  • Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
5 Anak Saudara Bapa Saudara sebelah bapa sahaja. (Bapa saudara sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
  • Salinan sijil lahir anak saudara,
  • Salinan sijil lahir bapa saudara,
  • Salinan sijil lahir bapa
  • Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
6 Cucu Datuk Sebelah bapa sahaja. (Datuk sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
  • Salinan sijil lahir,
  • Salinan sijil lahir bapa
  • Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
  • Bagi bapa dan ibu yang telah meninggal salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh Pejabat Pendftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
7 Warga Asing  
  • Pemastuatin Tetap (Permanent Residence)
  • Kad Pengenalan Asal dan salinan Kad Pengenalan.
  • Visa Pekerja (Employment Pass)
  • Surat pengesahan majikan.
  • Visa Pelajar (Student Visa)
  • Surat pengesahan dari Kolej/Universiti/Sekolah.
  • Visa Keluarga (Social Visit)/Independent Pass)
  • Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir.
  • Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta.
  • Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..