Syaza Travel & Tours

Qurban 2026/1447H  ( SYZ-0142 )

Madinah dan Mekah

“Alhamdulillah… Ibadah saya disempurnakan dengan mudah, diyakini, dan penuh keberkatan. ”Dengan penuh yakin, selamat & berpahala. “Perlaksanaan disertakan gambar, video & sijil digital sebagai bukti sah.”

Kenapa Qurban & Aqiqah ini begitu istimewa?

“Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Allah pada hari Nahr selain menyembelih haiwan korban…”

— Riwayat Tirmizi

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ • فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ • إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (al-Kauthar). Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban.”
— Surah Al-Kauthar: 1-2

Qurban Mekah – Ibadah Qurban di Tanah Suci Makkah

Qurban Mekah – platform mudah, dipercayai dan patuh syariah untuk menunaikan ibadah qurban anda di Makkah Al-Mukarramah.

Kami membantu anda melaksanakan ibadah qurban dari Malaysia dengan proses yang telus, pantas dan terjamin sah. Segala urusan sembelihan, penyediaan dan pengagihan daging dijalankan oleh wakil kami yang bertauliah di tanah suci.

Kenapa Pilih Qurban di Mekah?

✔ Lokasi Paling Afdhal – Menyembelih di Makkah memberi kelebihan ganjaran berganda sebagaimana disebut dalam hadis.
✔ Pengagihan kepada Fakir Miskin – Daging qurban diagihkan kepada asnaf, pelarian dan fakir miskin di sekitar Makkah.
✔ Dokumentasi Lengkap – Gambar dan video sembelihan akan diberikan sebagai bukti pelaksanaan.
✔ Harga Mampu Milik – Harga serendah RM499 untuk satu bahagian kambing.

Semua harga termasuk urusan sembelihan, agihan, pengurusan, dokumentasi, dan e-sijil.

Langkah Mudah Laksanakan Qurban Anda

  1. Tempah secara online – Pilih pakej & isi maklumat.
  2. Buat pembayaran – Bayaran boleh dibuat melalui bank atau online.
  3. Proses sembelihan – Wakil kami akan menyempurnakan qurban di Makkah.
  4. Terima bukti pelaksanaan – Gambar/video dan e-sijil diserahkan kepada anda.
  5. Agihan kepada fakir miskin – Daging diserahkan kepada yang memerlukan.
     

SOALAN LAZIM

Apa Kata Peserta Kami?

Tentang Kami

Qurban Mekah dikendalikan oleh pasukan berpengalaman yang berurusan terus dengan pihak berautoriti di Makkah. Sejak 2019, ribuan peserta dari Malaysia telah menunaikan qurban melalui platform kami secara mudah dan diyakini.

Hubungi Kami

WhatsApp: +60192188019

Ajak Rakan & Keluarga

Kongsikan pahala qurban – ajak ahli keluarga & sahabat menyertai qurban di Tanah Suci.

SEEKOR UNTA

Seekor unta berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun yang sesuai untuk dijadikan Qurban.. Harga termasuk kos sembelihan, lapah dan potong ketul.

HARGA
RM 4,500
SEEKOR KAMBING

Seekor Biri-biri/kibas berumur setahun masuk kedua yang sesuai untuk dijadikan Qurban. Harga  termasuk kos sembelihan, lapah dan potong ketul.

HARGA
RM 600
SATU BAHAGIAN UNTA

Satu bahagian dari unta berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun yang sesuai untuk dijadikan Qurban.. Harga termasuk kos sembelihan, lapah dan potong ketul.

HARGA
RM 680
  • NOTA PENTING

    Apakah maksud badal haji/upah haji?

    Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Menganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian ( berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya.

    Apakah dalil upah haji?

    1. Haji adalah salah satu rukun Islam. Ia disenaraikan bersama dengan mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

       

       

      Kefarduannya jelas berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 97 bermaksud: (Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk).

    2. Hadis Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Siapakah pelaksana yang boleh menunaikan upah haji?

    Pelaksana yang  boleh menunaikan upah haji adalah mereka yang telah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu. Jika pelaksana haji tidak menunaikan haji bagi dirinya sebelum itu,, maka haji tersebut tidak sah.

    Apakah Syarat Badal Haji?

    Syarat-syarat seperti berikut:

    1. Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.
    2. Sah badal haji  kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodelisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.
    3. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
    4. Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya.
    5. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
    6. Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan mengunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak.
    7. Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya :-
    • Kencing manis tahap kritikal
    • Sakit yang perlu pada hemodealisis

     

    Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya :-

    Dibolehkan memberi badal haji kepada seseorang yang ingin melaksanakn badal haji dengan perantaraan pihak ketiga?

    Boleh, mesti dengan akad zimah atau zimah atau wakala pada pihak ketiga.

    Bagaimana cara untuk melaksanakan upah haji dengan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd

    Bagaimana Cara Mendaftar?

    ★ Boleh dilakukan secara online di lelaman  www.syazatravel.com.my
    ★ Daftar di Pejabat kami di Ampang. Selangor atau Kota Bharu, Kelantan.
    ★ Anda juga boleh hubungi Wakil Jualan kami diseluruh negara.
    ★ Sila hubungi kami di talian +603 4296 2019  / +6011 400 16878

 Dikemaskini pada 24-07-2025

Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • PAPUH Malaysia
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

  Emel Pakej Ini
Qurban 2026/1447H (SYZ-0142)