Syaza Travel & Tours

PAKEJ UMRAH AWAL RAMADHAN 2023  ( SYZ-0161 )

12 Hari 10 Malam: Sektor Kuala Lumpur – Madinah | Jeddah – Kuala Lumpur

❗❗KELEBIHAN UMRAH DI BULAN RAMADHAN ❗❗ Umrah pada bulan Ramadan amat dituntut kerana jemaah bukan sahaja menunaikan umrah, tetapi juga melakukan ibadah lain yang hanya ada di bulan Ramadan, iaitu berpuasa dan menunaikan solat sunat Tarawikh. Selain itu, jemaah berusaha mencari kelebihan malam Lailatul Qadar yang hanya ada dalam bulan Ramadan bagi mendapat pahala yang berlipat ganda.

Kelulusan Iklan No : IU0093 Sahlaku Sehingga 08/08/2023

CADANGAN ATURCARA

KUL/MED-JED/KUL

HARI 01 KUALA LUMPUR/MADINAH
Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami.  Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustad sepanjang perjalanan umrah.

Setibanya di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MADINAH, dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.

Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.

HARI 02 MADINAH (ZIARAH DALAM) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.

Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 03 MADINAH ZIARAH LUAR (B/L/D)
Para Jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah  dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA.

Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 04 ZIARAH SIRAH (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.

8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan perjalanan ke Mekah untuk melakukan umrah.

HARI 05 MADINAH/MEKAH (B/L/D)
Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat di Zulhulaifah atau Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan .

Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.

Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum  dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.

HARI 06 MEKAH  (B/L/D)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.

HARI 07 MEKAH - ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 08 MEKAH (ZIARAH SIRAH) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.

HARI 09 MEKAH - ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH, ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi)  Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 10 MEKAH  (I/S)
8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di dewan taklimat hotel masing-masing untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil / doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.

HARI 11 MEKAH/JEDDAH/KUL (I/S)
7.00 PAGI – Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke JEDDAH. Jadual bertolak ke Jeddah pada JAM 10.00 pagi. (Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).

HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

CENDERAHATI

ATURCARA LALUAN LAIN

 HUBUNGI KAMI

Hubungi kami hari ini untuk tawaran istimewa Pakej ini. Klik HUBUNGI KAMI atau Telefon kami di +603 4296 2019

LAWATAN TAMBAHAN

Lawatan Ke Kota Taif - RM200

HARI 10 MEKAH – TAIF – MEKAH (B/L/D)
Selepas solat Subuh dan sarapan, jemaah bersiap sedia di lobby dan terus bertolak ke Taif , sebuah pekan yang mana Baginda SAW pernah di baling batu ketika berdakwah . Perjalanan ke Taif akan mangambil masa kira-kira 2 1/2jam . Tiba di Taif melihat pemandangan di Hada / Menziarahi Masjid Abdullah Ibn Al Abbas / Kilang Air Mawar / Muzium Kebangsaan Taif / Empangan Air Hada / Gunung As-Shafa dan Pasar buah-buahan.
Makan tengahari di restoran tempatan , Habal Restaurant.
Petang para jemaah akan dibawa untuk mengambil miqat umrah di Qarnul Manazil dan seterusnya balik semula ke hotel di Mekah.

PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BOARD PENUH)
  Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Saudi Airline (KULJED/JEDKUL) termasuk cukai lapangan terbang
  • Visa Umrah/Insurance Perjalanan
  Hotel Penginapan @TWIN SHARING Makkah (S Malam) : Hotel Safwah 1(atau setaraf) Madinah (4 Malam) : Hotel Rover (atau setaraf) • Makan sepanjang aturcara (Makkah @Box/Madinah@Buffet) • Pengangkutan sepanjang aturcara • Ziarah di Madinah & Makkah (tertakluk kepada kebenaran dari pihak kerajaan Arab Saudi) • PCR Test di Arab Saudi • Kurma Ajwa (Skg) • Barangan Hadiah (Beg Bagasi Saiz Besar/Buku Panduan) • Mutawif/Pengiring Khas dari Malaysia • Hanya sah untuk mereka yang divaksin dari jenis Pfizer/Astrazaneca/Moderna/Johnson&Jonhson

TIDAK TERMASUK

  Bayaran lebihan timbangan bagasi.
  Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
  Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
  Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan

  • NOTA PENTING

    • Harga, Jadual dan tawaran mengikut pada keadaan dan perubahan semasa tanpa notis
    • Jemaah Umrah yang dibenarkan adalah mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
    • Jemaah Umrah perlu berdaftar melalui aplikasi Etarmarna untuk mendapatkan kelulusan bagi melakukan umrah di Masjidil Haram dan lawatan ke Raudah si Masjidil Nabawi.
    • Perlu kuarantin selama 14 hari setelah tiba di Malaysia,(kos tidak termasuk dalam harga pakej) tertakluk kepada arahan semasa oleh Kerajaan Malaysia.
    • Kos Kuarantin ditanggung sepenuhnya (jika positif) oleh insuran untuk visa umrah sahaja.
    • Pembatalan pakej tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
    • Result PCR diperlukan semasa menaiki penerbangan walaupun telah lengkap vaksin (pergi & balik)  Tempoh sahlaku adalah 48 jam dari pemeriksaan diambil sebelum  berlepas ke Arab Saudi. (Kos pemeriksaan PCR tidak termasuk dalam harga
    • Jemaah harus mengambil ujian PCR di Malaysia sebelum penerbangan & kos ditanggung oleh jemaah
    • Jemaah harus mengambil ujian PCR di Saudi sebelum penerbangan & kos ditanggung oleh syarikat

  • DEPOSIT & PEMBAYARAN

    DEPOSIT & PEMBAYARAN

    DEPOSIT
    Deposit sebanyak 20% atau tertakluk kepada sekurang-kurangnya RM500.00, yang mana lebih tinggi dari tambang pelancongan setiap orang diperlukan untuk dibayar sebagai yuran tempahan. 
     
    BAKI PEMBAYARAN
    Baki pembayaran atau pembayaran penuh mesti dibuat 45 hari sebelum berlepas atau 7 hari selepas pengesahan lawatan. Kegagalan untuk mematuhi akan menyebabkan pembatalan tempahan dan pembekuan deposit. Sekiranya baki tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, hak itu dikhaskan untuk membatalkan tempahan tanpa notis selanjutnya dan tanpa bayaran balik deposit.

  • PEMBATALAN

    PEMBATALAN

    • Pembatalan pakej tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
    • Pembatalan yang diterima lebih daripada enam minggu sebelum keberangkatan akan menyebabkan kehilangan deposit yang tidak dikembalikan sebagaimana yang dinyatakan di atas. Pembatalan yang diterima kurang daripada 6 minggu dan lebih daripada 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan yuran sebanyak 25% dari tambang.
    • Pembatalan yang diterima kurang dari 3 minggu sebelum berlepas akan dikenakan bayaran sebanyak 75% dari kos lawatan kecuali tempat duduk yang ditempah dijual semula. Tiada bayaran balik untuk pengaturan ground yang tidak digunakan selepas berlepas dari Malaysia. 

 Dikemaskini pada 28-12-2022

Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..

  Emel Pakej Ini
PAKEJ UMRAH AWAL RAMADHAN 2023 (SYZ-0161)