Syaza Travel & Tours
Corporate Offices Kakitangan Berpengalaman

ATURCARA LALUAN KUL/JED-MED/KUL

CADANGAN ATURCARA UMRAH

12 Hari 10 Malam

Sektor Kuala Lumpur – Jeddah  |  Madinah – Kuala Lumpur

HARI 01 KUL/JED/MEKAH

Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami. Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustaz sepanjang perjalanan umrah. Bagi jemaah wanita hendaklah memakai ihram dari rumah dan bagi jemaah lelaki boleh pakai di KLIA atau diatas pesawat sebab niat ihram dalam kapal terbang di Miqat  Qarnul Manazil.

Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MEKAH, dan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.

Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum  dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.

HARI 02 MEKAH (ZIARAH SIRAH) (B/L/D)

7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.

HARI 03 MEKAH - ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)

7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 04 MEKAH - ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)

7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH, ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi)  Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 05 MEKAH  (B/L/D)

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.

8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di dewan taklimat hotel Ajyad Makarem untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil /  doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.

HARI 06 MEKAH/MADINAH (B/L/D)

7.00 PAGI – (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke MADINAH. Jadual bertolak ke Medinah pada JAM 10.00 pagi.(Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).

Makan di R & R akan disediakan***

5.00 PETANG – Insyallah dijangka tiba di Medinah, Jemaah terus dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.

Tiba di MADINAH, Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.

HARI 07 MADINAH (ZIARAH DALAM) (B/L/D)

7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.

Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 08 ZIARAH SIRAH (B/L/D)

7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.

HARI 09 MADINAH (B/L/D)

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat.

HARI 10 MADINAH ZIARAH LUAR (B/L/D)

Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA.

Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan pulang ke tanah air.

HARI 11 MADINAH/KUALA LUMPUR (B/L)

7.00 PAGI – Sebelah pagi para Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi. Jemaah diminta untuk melaksanakan ziarah Wada’ selepas waktu Zohor. Jadual bertolak ke Airport Madinah Empat (4) JAM sebelum berlepas.(Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).

HARI 12 KUALA LUMPUR

Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbullah

ATURCARA LALUAN LAIN

** Semua aturcara / jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS dan KELULUSAN VISA Oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi. 


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..