Syaza Travel & Tours

ATURCARA LALUAN KUL/MED-JED/KUL

CADANGAN ATURCARA

12 Hari 10 Malam

Sektor Kuala Lumpur – Madinah  |  Jeddah – Kuala Lumpur

HARI 01 KUALA LUMPUR/MADINAH
Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami.  Kumpulan jemaah kelolaan kami akan diiringi oleh seorang ketua jemaah/ustad sepanjang perjalanan umrah.

Setibanya di Lapangan Terbang Madinah, jemaah akan disambut oleh kakitangan kami yang menunggu dilapangan terbang dan setelah urusan lapangan terbang selesai para jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MADINAH, dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.

Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.

HARI 02 MADINAH (ZIARAH DALAM) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa berziarah (ziarah dalam) di Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.

Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 03 MADINAH ZIARAH LUAR (B/L/D)
Para Jemaah akan dibawa melawat (ziarah luar) disekitar Kota Madinah  dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA.

Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 04 ZIARAH SIRAH (B/L/D)
7.00 PAGI – Para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.

8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan perjalanan ke Mekah untuk melakukan umrah.

HARI 05 MADINAH/MEKAH (B/L/D)
Jemaah akan berangkat ke Mekah dengan menaiki bas . Jemaah dinasihati memakai ihram dan berwuduk dari bilik hotel . Kemudian jemaah akan dibawa bermiqat di Zulhulaifah atau Bir Ali. Selesai bermiqat , terus bertolak ke Mekah . Jemaah dinasihati untuk memperbanyakkan membaca Talbiah sepanjang perjalanan .

Sampai di Mekah jemaah akan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.

Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum  dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.

HARI 06 MEKAH  (B/L/D)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.

HARI 07 MEKAH - ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH. Ke tempat lawatan seperti JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Bagi jemaah yang berhajat untuk menunaikan umrah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 08 MEKAH (ZIARAH SIRAH) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.

HARI 09 MEKAH - ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3) (B/L/D)
7.00 PAGI – Para jemaah akan dibawa berziarah di luar KOTA MEKAH, ke Pasar Ka’qiah untuk membeli buah-buahan segar dan Muzium Al-Haramain (tertakluk di atas kebenaran pihak berkuasa Saudi)  Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah bagi yang berhajat untuk menunaikan umrah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

HARI 10 MEKAH  (I/S)
8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di dewan taklimat hotel masing-masing untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil / doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.

HARI 11 MEKAH/JEDDAH/KUL (I/S)
7.00 PAGI – Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke JEDDAH. Jadual bertolak ke Jeddah pada JAM 10.00 pagi. (Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).

HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan umrah yang makbulla

ATURCARA LALUAN LAIN

** Semua aturcara / jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS dan KELULUSAN VISA Oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi.


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..