Syaza Travel & Tours
Jom Kembara Kembara Kumpulan FIT Tour Pakej Pelayaran Islamik

CATATAN

PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG (5H 4M)

15-06-2023    Blog

Jakarta adalah ibu kota negara dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta terletak di pesisiran bahagian barat laut Pulau Jawa. Seperti rajah di bawah :

 

Hari pertama di Jakarta :

Penerbangan dari KUL – JKT mengambil masa 1 jam (-+) Setibanya di Lapangan Terbang Jakarta , pemandu pelancong sudah menanti kami untuk ke destinasi seterusnya. Kami memilih Favehotel Zainul Arifin (4*) sebagai penginapan di Jakarta. Pada waktu malam, kami menikmati makan malam di Pondok Sedap Malam, restoren ini menyediakan makanan laut yang segar dan harganya berbaloi.

 

Hari kedua di Jakarta :
Aktiviti hari kedua kami pergi ke Dataran Menara Monas. Monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Berdasarkan kata pemandu pelancong kami, bahagian atas Menara Monas itu terdapat emas. Kemudian, kami terus menuju ke Mangga Dua Square untuk membeli belah.

 

Hari ketiga di Bandung :

Destinasi seterusnya, Farmhouse Susu Lembang, Bandung. Taman Tema disini berkonsepkan Eropah. Di dalam Taman Tema ini terdapat mini zoo dan kafe. Disini kami menghabis kan masa selama 1 jam 30 min untuk menerokai keunikan tempat ini.  Kami memilih Hotel Pasar Baru ( 4*) untuk penginapan di Bandung kerana Hotel ini terletak di tempat strategik. Berdekat dengan tempat membeli belah iaitu Pasar Baru. Setelah penat berjalan, perut pun sudah berbunyi minta untuk diisi. Kami terus menuju ke Kampung Daun Culture Gallery & Café untuk makan tengah hari. Makanan disini sangat sedap dan kawasannya sangat mendamaikan. Jika sampai di Bandung, tidak lengkap kalau tidak makan ‘ikan terbang’ .

 

Hari keempat di Bandung :

Seawal 9.50 pagi waktu Indonesia, kami bertolak ke Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Suasana di puncak sungguh meriah dengan kehadiran pelancong dan juga penjaja yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Udara ni sini agak sejuk. Jika dilihat dari atas akan terlihat kepulan asap dan kawah beruap menandakan ianya masih aktif. Jika mahu ke kaki kawah gunung berapi, pastikan mendaftar dan dapatkan khidmat pemandu pelancong.

 

Hari kelima di Bandung :
Selepas sarapan kami masih ada masa untuk berjalan jalan di Pasar Baru. Barangan disini sangat murah dan banyak pilihan. Kalau nak berniaga di Malaysia, Pasar Baru ini sesuai sangat untuk beli borong. Untung berganda jika jual di Malaysia . Kami sempat membeli ole ole untuk dibawa balik sebagai kenangan. Setelah itu, kami terus bergerak ke Lapangan Bandar Utara Husein Sastranegara Bandung. Tamat sudah percutian kami di Indonesia

Destinasi Menarik Chiangmai, Thailand

15-06-2023    Blog

Chiangmai, Thailand!!! adalah wilayah kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai,Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son.

Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara…sebut sahaja mengenai negara tersebut, sudah tergambar difikiran kita……..

  • tentang MAKANANnya….
  • tentang GAJAHnya….
  • tentang KECANTIKAN DAN KETAMPANAN ORANGnya….hehehehe….

ya…..begitulah apa yang dialami oleh saya sendiri sebagai Tour Leader untuk rombongan Syaza Travel & Tours Sdn Bhd ke Chiangmai, Thailand….walaupon tempatnya tidak lah terlalu moden seperti lawatan-lawatan saya ke negara-negara Eropah, tapi……sesuatu yang unik di tampat tersebut adalah keunikan atau keserasian antara Manusia dan Binatang…hehehehe….

Mana tak nya…bayangkan, macammana orang-orang di sana mengajar seekor gajah untuk MELUKIS!!!! huh, sesuatu yang unik kan??

Bukan takat tu saje….saya juga terpegun dengan keunikan Wat Rong Khun atau Kuil Putih. Ia diilhamkan oleh pelukis kelahiran Chiang Rai, Chalermchai Kositpipat. Sebagai bukti rasa cintanya kepada Sang Buddha, Chalermchai tak hanya bertanggung jawab dalam hal senibina bangunan Kuil Putih, tapi juga menyumbangkan sebagian besar dana untuk pembangunan projek ini. Kuil berwarna putih dengan latar belakang langit biru membuat bangunan itu seakan mengambang laksana awan. Sungguh indah dan sejuk dipandang.

“Wat Rong Khun atau Kuil Putih masuk Tujuh Keajaiban Thailand”

 

Jika ingin merasai sendiri apa yang saya alami, sila la berhubung dengan para executive Syaza Travel yang sporting habis di talian 03-42962019… 🙂

Taj Mahal Lambang Cinta Bersulam Rindu

13-06-2023    Blog

Disebut sahaja India, dalam benak saya pasti terbesit Taj Mahal. Terletak di Kota Agra, Taj Mahal adalah salah satu makam paling cantik di dunia. Taj Mahal adalah bentuk cinta seorang Maharaja India. 

Jika diberi peluang untuk menjejakkan kaki kesana,sudah pasti semua tidak mahu melepaskan peluang terhebat ini. Merasai sendiri pandangan dan udara segar dipersekitaran Taj Mahal sudah pasti menjanjikan kenangna manis untuk semua. Tidak mustahil ada yang bergambar dengan penuh keyakinan, kerana Taj Mahal adalah lambang kemegahan Dunia.

Bangunan seperti masjid itu menjulang megah berlatar langit biru. Dari kejauhan hanya terlihat warnanya yang putih bersih, dengan ukiran kaligrafi yang menghiasi dinding luarnya. Taj Mahal punya daya hipnotis yang tinggi. Sesiapa sahaja yang menginjakkan kaki di tamannya yang indah, tentunya pandangan tak akan lepas dari bangunan ini. Pun kolam panjang dengan air mancur di tengahnya pun tak bisa mengalihkan pandangan dari makam indah ini.

Bagi pengantin baru sahaja mendirikan rumah tangga..,tidak mustahil lokasi yang sesuai berbulan madu adalah di Taj Mahal. Sudah pasti, keindahan taj mahal seindah ikatan rasmi pernikan yang kita inginkan. Sudah pasti ia akan terus terpahat menjadi suatu kenangan yang paling tidak dapat dilupakan.

Kami di Syaza Travel & Tours, sedia memberikan anda lokasi serta suatu percutian yang hebat. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami ditalian : 03-42962019

Catatan Kembara Bandung, Indonesia

13-06-2023    Blog

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Paris van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Mengimbas kembali kenangan dan memori semasa menjadi Ketua Rombongan kumpulan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah sekitar Johor pasti mengukir senyuman….disini saya coretkan beberapa bingkisan memori untuk tatapan umum…. 

Hari Pertama : KETIBAAN DI BANDUNG (Makan Malam) Setibanya kami di Lapangan Terbang HUSEIN SASTRANEGARA, kami disambut oleh Tour Guide dan wakil syarikat. Terus ke hotel untuk check-in. Kemudian kami ke Salah satu tempat shopping yang paling famous skali di Bandung, iaitu  PASAR BARU Shopping Centre. Makan Malam kami di restoran tempatan dan kemudian, acara bebas…ape lg, tido la..penat seharian bershopping dan berjalan…hehehehe

Pelbagai jenis beg dapat dibeli di Pasar Baru

Kain-kain pasang dan ela juga terdapat di Pasar Baru

huh, memang rambang mata jika berada di Pasar Baru

pakaian untuk RAJA SEHARI juga terdapat di Pasar Baru ni….

 

Hari Kedua : BANDUNG FULL DAY TOUR (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) Selepas sarapan di Hotel, kami dibawa ke Gunung TANGKUBAN PERAHU yang dikenali dengan cerita-cerita sejarah Sangkuriang dan Dayang Sumbi dan juga CIATER HOT SPRING. Selesai kembara kami di Tangkuban Perahu, kami meneruskan perjalanan shopping kami di CIHAMPELAS JEANS CENTRE dan FACTORY OUTLET. Perh!!! disini memang tempatnya bagi kaki-kaki shopping. Lepas penat menghabiskan duit untuk shopping, kami berehat selepas makan malam di restoran.

“Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu”

CIATER HOT SPRING

CIHAMPELAS JEANS CENTRE juga dikenali sebagai bandar tempat SUPERHERO melarikan diri…hehehe….sungguh unik dikawasan ini sebab hampir kesemua kedai-kedainya meletakkan simbolik superhero yg seakan-akan nampak real…

FACTORY OUTLET di Bandung sangat unik kerana hampir kesemua outlet tersebut merupakan antara rumah-rumah pembesar Belanda pada zaman dahulu kala…pelbagai papan tanda yang unik dipamirkan diluar kedai untuk menarik minta para pengunjung. Harga yang sangat menarik dengan kualiti yang terbaik

Hari Ketiga : BANDUNG SHOPPING TOUR (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam) Selepas sarapan di hotel, kami meneruskan lagi penjelajahan shopping kami di CIBADUYUT SHOES CENTER dan STOCK CENTER FACTORY OUTLETHERITAGE FACTORY OUTLETSUMMIT FACTORY OUTLET dan beberapa FACTORY OUTLET yang masih berbaki di Bandung. Selepas seharian penat berjalan, menghabiskan duit dan bershopping, kami rehat di hotel. Opps…tidak dilupakan, Lunch dan Dinner kami tersangatlah sedap!! heheheeh….

CIBADUYUT SHOES CENTER

 

STOCK CENTER FACTORY OUTLET

 

HERITAGE FACTORY OUTLET

SUMMIT FACTORY OUTLET

 

Hari Keempat : Bertolak dari BANDUNG ke KL (Sarapan) 

Selepas sarapan, aktiviti bebas sekitar hotel, menghabiskan saki baki duit Rupiah yang masih bersisa dalam poket dan beg kami sementara menunggu dorang hantar kami ke Airport untuk fly ke KL…sedihnya 🙁

So, pendek kata, mmg Bandung adalah KOTA SHOPPING bagi mereka yang hobinya adalah SHOPPING…mana tak nya…barang-barang yang brended boleh didapati dengan harga murah di Bandung….tak hairan la ramai yang berpusu-pusu ke Bandung terutama menjelang Syawal…hehehehe….

Untuk lebih feel, saya telahpon videokan memori dan kenangan kami sepanjang program….sila lah menonton ye 🙂 🙂 🙂

Video sepanjang lawatan kami di BANDUNG!!!

Jangan lupa, jika ingin menjelajah Kota Shopping Bandung, sila lah berurusan dengan para Executive Syaza Travel yang ramah dan sporting di 03-42962019!!!

SELAMAT MENGEMBARA!!!!

SYAZLIA BINTI MOHD AMRAN

13-06-2023    Blog

Beliau merupakan printis kepada Syaza Travel & Tours sedari mula ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai Pengurus Syarikat. Semua pentadbiran syarikat dirintis oleh beliau. Dari permohonan mendapatkan Sijil ISO 9001:2008 sehingga diperolehi juga urusan mendapatkan perjanjian Muassasah di Arab Saudi. Beliau tidak dapat meneruskan legasi syarikat bersama-sama yang lain kerana telah pulang menemui Ilahi pada tanggal 14hb Mei 2016. Semoga segala usaha mulia beliau menjadi sedekah jariah yang pahalanya sentiasa mengalir dan berterusan. Amin dan AlFatihah untuk Syazlia Binti Mohd Amran


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..