Syaza Travel & Tours
Jom Kembara Kembara Kumpulan FIT Tour Pakej Pelayaran Islamik

CATATAN

Sepetang di Tasik Geneva – Dari Zurich Ke Montreux

13-06-2023    Blog

Montreux, Switzerland

Melancong ke Switzerland memang menarik walaupun hanya sekali, ia dapat memberi kenangan dan pengalaman bermakna kepada pengunjungnya. Negara Alpine itu juga tidak dinafikan dapat melapangkan fikiran kerana tarikan alam semula jadinya cukup cantik sekali serta mengagumkan, manakala udara sekitarnya bersih dan segar.

Keluasan negara itu lebih kurang 41,285 km persegi dan kira-kira dua pertiga daripadanya diliputi hutan, tasik serta gunung ganang. Antara bandar yang dikunjungi ialah Zurich, Montreux, Crans Montana, Lugano dan Lusern. Setiap bandar berkenaan mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah jika industri pelancongan adalah sumber ketiga terbesar bagi tukaran asing negara itu selepas perusahaan mesin dan kimia.

Kami tinggalkan dahulu bandar Zurich yang serba moden tapi mendamaikan untuk menuju ke bandar peranginan Alps iaitu Crans Montana melalui bandar Montreux, sebuah bandar dipersisiran tasik Geneva yang cantik dan bersih yang serba serbinya elit dan mahal. Ini kerana destinasi terakhir adalah Zurich, untuk diterokai lebih terperinci lagi sebelum bertolak balik ke Malaysia.

Kami singgah di Montreux, menikmati keindahan bandar itu.

Selain pemandangan banjaran Alps dan kawasan bukit bukau yang mempersona, panorama tasik yang cantik lagi bersih seperti di Montreux dan Geneva juga cukup mendamaikan. Kedua-dua bandar ini berkongsi tasik yang sama (Lake Geneva), cuma bezanya lokasi Montreux di hujung timur tasik dan Geneva pula terletak di hujung barat tasik.

Montreux dikatakan lebih mempesona berbanding dengan Geneva sebabkan pemandangan tasik yang berlatarbelakang kawasan pergunungan jelas kelihatan di Montreux tetapi berbeza dengan Geneva dimana hanya pemandangan tasik yang dapat dilihat walaupun berkongsi tasik sama.

Montreux terletak di tenggara Lausanne. Melewati bandar-bandar lain di tebing Tasik Geneva termasuk Vevey.

Pemandangan indah sepanjang Tasik Geneva

Montreux terkenal dengan Jazz Festival yang diadakan tiap-tiap tahun bulan Julai. Berada di Montreux rasa macam dalam filem, siap ada music background.

Dii Montreux, kanak-kanak berlari dengan bebas dan riang satu pemandangan sebegini yang sukar diperolehi di bandar-bandar kosmopolitan lain hatta di tempat kita bandaraya Kuala Lumpur, di KL nak lepaskan anak dari pegangan pun takut.

Sepetang di sana, satu kenangan yang sangat indah.

Perjalanan diteruskan ke tempat peranginan pergunungan tinggi Alp, Crans Montana, satu perjalanan yang mengecutkan perut kerana terpaksa melalui tebing-tebing tinggi lagi curam untuk sampai kepuncak gunung yang bersalji licin.

TRAVELOG UMRAH 2013

13-06-2023    Blog

Satu catatan perjalanan umrah yang ingin dikongsi bersama dengan semua bekas jemaah dan bakal jemaah untuk mengimbau kembali kenangan manis semasa mengerjakan umrah dan menjadi pedoman untuk yang akan berkunjung ke Tanah Suci InsyaAllah.

Raikan Romantika Cinta di Pulau Nami, Korea Selatan

13-06-2023    Blog

Pulau Nami terletak di daerah Chuncheon dan merupakan lokasi paling digemari oleh pelancong untuk dikunjungi. Tidak lengkap perjalanan anda di bumi Korea sekiranya tidak mengunjungi lokasi penggambaran drama Winter Sonata ini.

Pulau Nami atau nama tempatannya 남이섬 (Namiseom) merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan separa terletak di sebatang sungai. Jarak antara pekan Gapyeong dengan Pulau Nami adalah sejauh 3.8km dan pulau ini berkeluasan 4 km persegi.

Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun. Pulau ini sangat indah dengan pesona seperti lukisan alam yang mempesonakan

Pulau Nami telah dibangunkan pada tahun 1944 kerana banjir pembinaan Empangan Cheongpyeong. Pulau ini dinamakan sempena nama Jenderal Nami, yang meninggal pada usia 27/28 setelah dibunuh kerana dituduh melakukan pengkhianatan selama pemerintahan Raja Sejo, raja ketujuh Joseon Dynasty. Dia adalah seorang askar muda yang berani selama Dinasti Joseon yang ditekan rusuhan yang dipimpin oleh Lee Shi-Ae.

Dipuji kerana keberanianya ia dilantik menjadi Byeongjopanseo (Menteri Pertahanan Nasional). Pada tahun 1965, Byeong-Do Min, menyumbangkan dua ribu pohon ke pulau yang termasuk Cherry, Ginkgo, Redwood, Tulip, White Birch, dan White Pine.

Keajiaban jelas yang berlaku di Pulau Nami ialah suasana 4 musimnya. Ini bermakna kunjungan anda tidak akan pernah sama pada setiap musim yang berbeza.

Musim bunga menjanjikan anda keindahan bunga-bunga yang sedang berkembang, menyediakan panorama yang indah sekali, manakala jika anda melawat pada musim panas kehijauan pohon di Pulau Nami pasti menggamit keindahan.

Jika anda melawat semasa musim luruh anda akan mengalami suasana yang megah dan romantis. Dan juga tidak jauh berbeza apabila anda melawat pada musim sejuk dimana keindahan pulau ini menjadi sangat menarik persis babak-babak sebenar adengan romantis drama Winter Sonata.

Di Pulau Nami ini, para artis dari seluruh dunia menghimpunkan karya-karya mereka dan berkongsi rasa damai yang diterjemahkan dari keunikan pulau ini. Pulau ini juga merupakan tempat berlangsungnya acara-acara kebudayaan yang diadakan setiap minggu, menjadikannya daya penarik bagi pelancongan kebudayaan dan artistik di Korea ini.

Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini termasuk, berbasikal pada musim bunga, bersukan air pada musim panas, merakam foto-foto kenangan pada musim luruh dan bermain salji pada musim sejuk.

Di sini terdapat beberapa restoran jika anda ingin menjamu selera dan tempat solat yang selesa. Anda tidak perlu risau untuk menghabiskan masa lawatan sehari suntuk disini kerana terdapatnya banyak makanan yang enak lagi halal disamping boleh melaksanakan solat di sini.

Dari Austria ke Switzerland mencari keindahan seni dan panorama alam

13-06-2023    Blog

VIENNA, AUSTRIA

Kota terkenal Vienna adalah merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music. Pengemar musik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna.

Kota Vienna  dipenuhi bangunan klasik ratusan tahun. Vienna telah beberapa kali menerima anugerah utama “Quality of Living” mengalahkan beratus bandar utama lain yang menyertai. Bandarnya bersih dan teratur sibuk dengan berbagai aktiviti. Semua kedai tutup pada hari Ahad jadi memang tidak banyak yang dapat kami beli melainkan sedikit cederahati dan berjalan-jalan melihat keindahan bandar Vienna.

Lawatan pertama yang dikunjungi di Vienna, Bandaraya Utama Austria, adalah lawatan  ke Istana  Schonbrunn yang bermakna ‘musim bunga yang indah’, salah satu mercu tanda kota itu dan taman bunga yang berdekatan.

Mengikut sejarahnya dataran ini dibina pada tahun 1569 oleh maharaja Holy Maximilian II. Maharaja berkenaan telah menjadikan kawasan ini sebagai destinasi rehatnya untuk memburu.

Di Vienna, sebuah istana iaitu Hofburg adalah mercu tanda yang memperlihatkan pengaruh dan kuasa dalam sejarah Eropah dan juga Austria termasuk dinasti Habsburg. Istana itu telah berkembang menjadi tempat kediaman, gereja muzium, pusat teater dan juga perpustakaan.

 

SALZBURG , AUSTRIA

Selain destinasi diatas, salah satu lokasi yang harus dikunjungi ialah bandar Salzburg. Perjalanan yang melalui kawasan pergunungan yang indah dan perkampungan yang cantik, sesuai dengan gelaran  ‘bandar muzik’ sebagai mengingati kehebatan ahli muzik legenda Mozart yang dilahirkan pada 27 Januari 1756.

Kehebatan Mozart terletak kepada bakatnya seawal usia tiga tahun apabila sudah mengenali muzik. Pada usia enam tahun dia sudah mampu menghasilkan gubahan muzik untuk dimainkan secara orkestra.

Populariti ciptaan Mozart itu membuatkan namanya diangkat serata dunia selain menjadi tema dalam festival muzik antarabangsa. 

Destinasi seterusnya adalah ke Switzerland untuk melawat kebandar-bandar menarik seperti Zurich, Montreux, Crans Montana, Lugano dan Lusern.

Bermain ski di Crans Montana, Switzerland

13-06-2023    Blog

Crans dan Montana yang berada pada ketinggian 4,985 kaki ( 1,494 m), adalah pusat peranginan ski berkembar dan merupakan satu lagi resort ski yang terbesar dan terkenal bertaraf dunia di Switzerland. Crans – Montana didakwa sebagai dataran tinggi yang sentiasa cerah di Valais, menghadap selatan lembah Rhone dengan panorama yang menakjubkan kerana terdapatnya banyak puncak Alps. Bersama-sama dengan Verbier dan St Moritz, ia merupakan destinasi pelancongan antarabangsa serba  mewah dan bergaya dalam kelasnya sendiri.

Crans , yang pembinaan  hotel bermula pada tahun 1912 , terdiri sebahagian besar koloni pangsapuri dan hotel, banyak menggunakan bahan binaan dari gaya separa kayu gunung yang klasik. Montana , berkelompok di sekitar kawasan pantai Lac Grenon, adalah bahagian yang lebih awal dibangunkan , yang dimulakan pada tahun 1892.

Disambungkan  kedua-duanya Crans – Montana, tempat yang lebih rendah sedikit, adalah Aminona , walaupun merupakan resort yang masih baru tetapi pembangunannya telah meningkat dengan cepat. Crans Montana terkenal sebagai syurga para peminat sukan ski dengan gunung-gunung yang sentiasa diliputi salji. Bermain ski mengambil tempat kedua disini selepas acara makan minum oleh penggemar percutian  bergaya  kehidupan sosial mewah, walaupun resort ini mempunyai kelebihan dimana acara ski boleh dilakukan sepanjang tahun di glasier Plaine Morte , yang boleh dilakukan sehingga melebihi  ketinggian 10,000 kaki (3,000 m).

Panduan ke Crans – Montana

Crans -Montana terletak di barat selatan Switzerland, 190 km (120 batu) dari lapangan terbang yang paling dekat Geneva dan 250 km ( 155 batu) dari Zurich . Dari Geneva, masa perjalanan dengan kereta api adalah 3 jam, dari Zurich ia mengambil masa 4 jam 20 minit. Crans – Montana boleh dicapai dengan kereta sama ada dari Sierre ( jalan utama Chermignon ke Crans – Montana atau Mollens ke Crans  -Montana ) atau dari Sion ( jalan utama Lens ke Crans – Montana ). Rangkaian bas ke kampung-kampung di antara Sierre , Montana dan Crans melalui Chermignon atau melalui Mollens . Satu lagi kemungkinan ialah keretapi funikular dari Sierre ke Montana (tempoh 12 minit).

Pendakian ke kemuncak gunung mengambil masa kira-kira satu jam untuk sampai ke hotel yang cukup menarik. Walaubagaimana pun, kami terpaksa menempuh perjalanan yang mendebarkan dimana jalan-jalan yang dilalui dibina di tepi-tepi tebing gunung yang curam berliku-liku.

Pendakian perjalanan yang mendebarkan seakan-akan lenyap bila check-in hotel yang klasik dan cantik. Disajikan dengan masakan ala gunung yang lain dari tempat lain seperti ikan bakar yang diperolehi dari sungai sekitar yang segar, di kemasi dengan sayur-sayuran segar gunung serta buah anggur yang banyak terdapat dikaki gunung. Perhhh sungguh enak sekali, tidak sia-sia perjalanan yang penuh dengan kengerian ini.


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..