Syaza Travel & Tours
Jom Kembara Kembara Kumpulan FIT Tour Pakej Pelayaran Islamik

CATATAN

CATATAN KEMBARA TURKI

13-06-2023    Blog

 

Bismillah. Di pagi jumaat yang indah ini, group seramai 28orang akan berlepas ke negara Turkey bersama Syaza Travel & Tours Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih Syaza Travel sbgi Pakej destinasi anda. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan. 😊😊

 

Hari 02 : Lawatan ke Hagia Sophia & Blue Mosque di Istanbul. Tmpt yg sgt menarik & wajib berkunjung ke sini. Alhamdulillah dengan cuaca hujan, angin kuat dan suhu mencecah 5celcius, peserta group Turkey makin bersemangat utk mengembara negara Turkey ini. 

 

Hari 03 : Lawatan ke kedai Turkish Delight utk merasai & melihat pelbagai jenis Turkish Delight, Teh, Perfume yg terkenal dgn bauan ros yg ada di negara Turkey ini. 

Perjalanan dari Bndr Bursa melalui tmpt yg bersalji dan pemandangan yg sangat cantik! Semuanya sangat teruja & seronok sekali bermain salji dgn suhu 2degree celcius. 

 

Hari 04 : Cappadocia City Tour Lawatan ke Gallery Carpet dimana terdapat pelbagai jenis carpet yg diperbuat 100% handmade. 

Kemudian ke Ceramic centre. Melihat pinggan mangkuk yg cantik dan pelbagai corak.

 

Lawatan diteruskan ke tmpt di mana Hot Air Balloon berjalan. Peserta group turkey tetap bersemangat walapun di hari 04 kami berada di negara Turkey 😊😊

 

Terima kasih memilih Syaza Travel Tours Sdn Bhd. 😊😊

GALERI NASIONAL RTM - REHLAH UMRAH

13-06-2023    Blog

Penghargaan kepada pihak RTM yang telah membuat liputan perjalanan umrah Syaza Travel & Tours Sdn Bhd yang telah bersiaran dalam slot Galeri National dengan tajuk Rehlah Umrah. Semoga usaha murni ini dapat menggamit hati-hati para penonton untuk mendatangi Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk beribadat dengan melakukan umrah.

SYURGA SHOPPING DI BANDUNG

13-06-2023    Blog

PASAR BARU TRADE CENTRE

Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota bandung yang masih ada sehingga kini. Pasar tersebut merupakan pengganti pasar lama di daerah Ciguriang atau Jalan Kepatihan yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Manakala, pada tahun 2001 telah di lakukan ubahsuai yang berkonsepkan bangunan pusat membeli belah yang lebih moden sesuai dengan nama yang masih kekal sehingga kini iaitu Pasar Baru Trade Center.

Merupakan destinasi ‘wajib shopping’ jika anda ke Bandung. Tempat ini sangat popular kepada pelancong Malaysia. Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela, kain batik, jubah, telekong, kain sembahyang orang perempuan dan bermacam-macam lagi.

Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda perlu pandai tawar-menawar.  Jika anda seorang peniaga pakaian anda boleh bertanya/berbincang dengan beberapa peniaga di sana – tengok siapa boleh bagi yang terbaik jika ingin membeli dengan jumlah yang agak banyak.

Jika anda mahu membeli-belah di semua bahagian Pasar Baru ni, mahunya satu hari tidak cukup kerana ianya memang besar. Setelah puas dan bila perut dah rasa lapar, boleh sahaja makan tengahari di situ. Makanannya juga boleh tahan.

 

PASAR CIBADUYUT

Pasara Cibaduyut terkenal dengan barangan kasut , beg yang terdiri daripada kulit asli. Pasar Cibaduyut merupakan pusat membeli belah kasut yang terpanjang di dunia.

Pelbagai jenis kasut dan bag kulit yang di jual di sini. Paling menarik di Pasar Cibaduyut ini adalah pengunjung boleh menempah model atau reka bentuk khas mengikut kriteria dan citarasa anda sendiri.

Kualiti dan jenama barangan kulit asli di Pasar Cibaduyut tidak di nafikan lagi kerana peniaga-peniaga dari luar Negara juga memborong baragan di sini untuk di jual semula. Harga barangan di sini lebih murah berbanding  harga barangan di Malaysia menyebabkan ramai pengunjung peniaga datang membeli belah kasut dan bag kulit asli di sini. Oleh kerana, harga yang bersesuaian dengan kualiti kulit asli itu sendiri yang menarik perhatian pengunjung negara luar untuk datang ke Pasar Cibaduyut.

 

TOKO TIGA

Toko Tiga tentu sudah tidak asing di kalangan masyarakat Bandung sebagai pusat penjualan jins original atau asli. Setiap orang tentu berharap memiliki barang original, termasuk jins. Sayangnya, mayoritas produk original memiliki harga selangit, apalagi brand luar negeri. Akhirnya, memiliki jins original hanyalah angan-angan semu yang entah bisa terwujud atau tidak.

Toko Tiga merupakan Pusat Penjualan Jeans yang original. Terdapat pelbagai jenama jeans di Toko Tiga. Jenama paling popular adalah jenama Levi’s .Selain daripada seluar jeans , pakaian sperti baju jeans juga terdapat dijual disini. Berkenaan harga pula boleh tawar manawar sama seperti di Pasar Baru Trade Centre.

Keistimewaan shopping di Toko Tiga ialah pemotongan seluar jeans yang percuma  setiap pembelian di mana-mana kedai. Selain itu, anda juga akan dapat free gift seperti keychain daripada setiap kedai jeans yang anda shopping.
 

Anda ingin menikmati SYURGA SHOPPING di Bandung ? Syaza Travel sedia menguruskan jadual aktiviti harian anda di sana ! Boleh hubungi Tour Executive kami di 03-42962019

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MEKAH & MADINAH

13-06-2023    Blog

LAWATAN MADINAH

LAWATAN MEKAH

MASJID NABAWI

Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling utama bagi umat islam setelah Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Aqsa di Jerusalem. Masjed Nabawi telah dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 Masihi. Di sinilah letaknya makam Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Keutamaannya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.’Solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu solat di masjid yang lain,kecuali di Masjid al-Haram.’ Beliau juga bersabda, ‘siapa yang mengerjakan solat di masjidku 40 kali solat fardhu,tidak kurang satu solat pun,maka ia terbebas dari neraka,bebas daripada azab dan bebas daripada kemunafikan.’ Sabda baginda lagi, ‘jangan bersusah payah akan perjalanan,kecuali ke tiga masjid,Masjid al-Haram,masjidku ini dan Masjid al-Aqsa. Berdasarkan hadis-hadis tersebut,Masjid Nabawi yang terletak di Kota Madinah selalu dikunjungi oleh umat Islam yang melaksanakan ibadah haji atau ibadaj umrah sebagai amalan sunat.

MASJID QUBA

Masjid Quba(atau Masjid al-Quba’) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam dan merupakan antara masjid tertua di Arab Saudi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah. Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itula,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah s.w.t. Berdasarkan fakta pembinaannya,masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar Taqwa baginda kepada Allah s.w.t. Semasa hayatnya,Nabi Muhammad s.a.w kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a ‘sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi: ‘sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah.

MASJID QIBLATAIN

Masjid Qiblatain terletak di sebelah barat daya Madinah. Pada awalnya masjid ini dikenali sebagai Masjid Bani Salamah. Pada permulaan Islam,orang melakukan solat dengan menghadap kiblat kea rah Bait al-Maqdis di Jerusalem. Pada tahun ke dua Hijrah bulan Rejab,sewaktu Rasulullah s.a.w sedang bersolat zohor di Masjid Bani Salamah ini,tiba-tiba turunlah wahyu surah al-Baqarah ayat 144. Dalam solat zohor tersebut pada mulanya Rasulullah s.a.w menghadap kea rah Masjid al-Aqsa tetapi setelah turun ayat tersebut,beliau menghentikan sementara,kemudian meneruskan solat dengan menghadap ke Masjid al-Haram. Dengan terjadinya peristiwa tersebut maka akhirnya masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain yang bererti Majid Dua Kiblat. Oleh itu,masjid ini mempu menampung 2000 orang jemaah yang hendak menunaikan solat.

JABAL UHUD

Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah. Letaknya lebih kurang 5km dari pusat Kota Madinah,berada di punggir jalan lama Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah sekelompok gunung yang ada di Kota Madinah dan tidak bersambungan dengan gunung-gunung yang lain di mana pada umumnya gunung-gunung di Madinah ini adalah sambung menyambung,kerana itulah disebut Jabal Uhud yang bererti gunung menyendiri. Di Jabal Uhud ini juga terjadinya Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara Islam dengan tentera kafir Quraisy. Jabal Uhud telah menjadi saksi kepada satu peperangan yang tidak kurang pentingnya dari Badar al-Kubra,bahkan Uhud telah menjadi saksi tumpahnya darah 70 orang syuhada’. Dengan peristiwa Uhud,Allah menganugerahkan pahala kesabaran bagi Junjungan s.a.w. dan umatnya. Kekalahan tentera Islam ditangan orang-orang musyrik bukanlah ukuran kejeyaan hakiki di akhirat nanti. Hakikatnya di medan Uhud,umat Islam tidak kalah. Islam terus berkembang di Madinah.

HIRA

Nabi Muhammah s.a.w dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliah. Keadaan ini sungguh menyedihkan hatinya sehingga baginda kerap ke Gua Hira yang terletak di atas bukit yang dikenali sebagai Jabal An Nur di Mekah. Pada suatu malam,ketika baginda sedang bertakafur di Gua Hira,Malaikat Jibrail datang menemui Baginda s.a.w. Kedatangan Jibrail benar-benar mengejutkan baginda. Jibrail a.s kemudiannya menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu baginda baru sahaja berusia 40 tahun. Wahyu itu diturunkan kepada baginda dari semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w dan dikumpulkan dalam buku bernama Mashaf yang juga dinamakan Al-Quran.

KAABAH

Kaabah,yabg merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjid al-Haram di Makkah.Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi oleh setiap orang Islam yang mengerjakan haji dan umrah. Pembinaan pertama kaabah dilakukan oleh Nabi Adam a.s Allah s.w.t menyatakan dalam Al-Quran,Kaabah merupakan rumah Allah yang pertama dibina. Selepas itu,Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina semula Kaabah. Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. adalah seperti berikut: ‘dinding Timur adakah 48 kaki dan 6 inci’ Dinding Hitam adalah 33 kaki’ Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki’ Dinding Barat adalah 46.5 kaki. Selepas satu banjir kilat,Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara antara empat puak Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Peristiwa ini berlaku sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.

KHIDMAT MUTAWIF WANITA DI RAUDAH

13-06-2023    Blog

Perkhidmatan istimewa kami kepada para jemaah wanita yang mungkin tidak terdapat didalam pakej sebahagian agensi lain adalah khidmat Mutawif wanita di Raudah ( mutawif pengiring sepanjang perjalan umrah merupakan lelaki yang tidak dibenarkan masuk ke kawasan Raudah Wanita) . Umum tahu untuk memasuki kawasan ini yang digelar sebagai β€œTaman Syurga” adalah sukar dengan ramainya jemaah dari pelusuk dunia yang berebut-rebut memasuki kawasan yang kecil serta perlu mengikut jadual tertentu. Dengan keadaan fizikal rata-rata orang Malaysia yang kecil serta sikap kita yang bersopan santun telah dieksploitasi oleh jemaah dari negara lain yang susuk tubuh mereka jauh lebih besar ditambah dengan sikap mereka yang agresif akan menolak kita kebelakang didalam situsi yang gamat dan merbahaya. Justeru itu pihak kami membuat keputusan yang praktikal untuk memudahkan para jemaah tidak ditinggalkan kesaorangan mengambil resiko tersebut dengan menggunakan khidmat Ustazah Marwah ( memakai abaya hitam ) menjadi mutawif kami di Madinah untuk mengelola jemaah muslimat memasuki Raudah, Makam Rasul dan Perkuburan Baqi. Kepakaran beliau mengintai peluang terbaik memasuki kawasan tersebut memudahkan jemaah muslimat untuk dapat peluang bersolat dan berdoa di Raudah terutamanya yang pertama kali sampai.


Kami Diiktiraf Oleh

  • IATA
  • MATTA
  • BUMITRA
  • Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL)
  • Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  • Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)
  • Kementeriam Haj dan Umra Arab Saudi
  • Malaysia Truly Asia
  • Tourism Malaysia
  • PAPUH Malaysia
ISO 9001

Agensi Pelancongan Yang Bertaraf
ISO 9001:2008

Kepuasan pelanggan adalah fokas utama kami untuk meneroka setiap perubahan yang baru bagi memastikan mutu perkhidmatan kami sentiasa diyakini.

Kaedah Pembayaran
  • VISA
  • MasterCard
  • Maybank2u
  • CIMB Cliks
  • MOLPay
  • FPX
  Jom Langgani Newsletter Kami
Jadilah antara yang terawal untuk mendapat segala Promosi Pelancongan dan Umrah..